Aku tidak kecewa kehilangan cinta itu.....

Setiap orang ada pengalaman CINTA ketika di alam sekolah. Aku pon sama ada pengalaman cintaku sendiri. Ketika aku memasuki alam persekolahan sekolah menengah aku amatlah jahil dalam agama, dahlah buta huruf jawi maknanya aku tidak boleh membaca Al-Quran dan solat pon aku tidak tahu. Bagaimana aku menerima cahaya hidayah  dan bagaimana aku boleh aku membaca Al-Quran ada diceritakan sebelum ni. Aku hanya pandai membaca Al-Quran ketika dalam tingkatan dua dan dalam pada masa yang sama juga aku begitu bersemangat dan kuat belajar agama. Kuasa motivasi apakah yang mengubah diriku sehingga aku boleh memperolehi markah yang tinggi dalam Pendidikan Islam ketika di Tingkatan Tiga malahan pernah aku mendapat markah 100%.? Kuasa motivasi itu ialah CINTA. Ketika di dalam tingkatan Satu aku berkenalan dengan seorang pelajar perempuan dari sekolah lain. Dia seorang yang baik, warak dan dari latarbelakang keluarga yang kuat beragama. Aku bersemangar kental untuk belajar agama, bersungguh aku belajar membaca Al-Quran sehinggan lancar, banyak buku-buku agama yang aku baca hampir setiap waktu aku membaca buku agama dan aku juga rajin menghadirkan majlis-majlis Ilmu di Surau, sekolah, rajin menonton rancangan agama di TV dan mendengar rancangan agama di Radio. Aku berubah kerana cinta itu. Tanpa cinta itu mungkinkah aku terus jahil?.. Hanya Allah yang mengetahuinya. Sudah lama aku kehilangan cinta itu tapi hikmah cinta itu ialah aku semakin kenal dan dan cinta kepada Islam. Aku tidak kecewa kehilangan cinta itu tapi aku bersyukur kerana melalui cinta itu aku kenal Allah, Rasul dan Islam... Alhamdulillah.. Segala puji-pujian hanya untuk Allah.. setiap yang berlaku ada hikmahnya dan hanya Dia Allah yang mengetahuinya

Comments

Jasmin said…
menarik!
cinta punyai kuasa luarbiasa andai kita bijak mengendalikannya. wallahualam

Popular Posts