MENJAWAP DAKWAAN GANJA BUKAN DADAH OLEH GROUP FB BANI TENANG MALAYSIA (BTM)
Group FB Bani Tenang Malaysia (BTM) mendakwa Ganja @ Marijuana /ˌmær.əˈwɑː.nə/ itu bukan dadah atas faktor :
1. Tumbuhan semulajadi,
2. Herba,
3. Mendatangkan ketenangan dan;
4. Bukan bahan kimia.
2. Herba,
3. Mendatangkan ketenangan dan;
4. Bukan bahan kimia.
Hari ini saya akan menjawab dakwaan oleh Group FB BTM :a) Definisi Dadah
Dadah ialah bahan kimia semulajadi atau buatan (sintetik) yang memberi kesan psikoaktif kepada otak manusia.
b) Bahan Kimia Psikoaktif
Psikoaktif bermaksud bahan kimia yang mengubah keadaan mental seseorang
dengan cara memberi kesan bagaimana otak dan sistem saraf berfungsi.
c) Sebatian Kimia Wujud Secara Semulajadi dan Buatan
Sebatian kimia ialah sebatian sama ada semulajadi atau buatan
(sintetik) dengan komposisi unsur yang diketahui wujud terdapat dalam
'Periodic Table" atau Jadual Berkala, contohnya AIr dimana ia juga
adalah sebatian kimia dengan komposisi H2O iaitu dua hidrogen dan satu
oksigen sebab tu jika air bercampur dengan sebatian atau unsur tertentu
ia boleh bertindak balas kerana adanya unsur Hidrogen dan Oksigen di
dalam AIr, malahan dalam badan kita ada hormon, enzim, neurotransmitter
dan lain-lain yang merupakan bahan kimia semulajadi yang dihasilkan oleh
badan kita sendiri. Herba adalah tumbuhan yang mengandungi sebatian
kimia semulajadi di dalamnya. sebab tu ada herba yang mempunyai kesan
analgesik pada manusia.
d) Kesan Ganja pada otak manusia
Dalam ganja ada bahan kimia yang disebut THC atau nama penuhnya
Tetrahydrocannabinol, komposisinya ialah C21H30O2, 21 unsur Karbon, 30
unsur Hidrogen dan 2 unsur Oksigen, THC ni menyerupai satu bahan kimia
semulajadi Otak iaitu 'Anandamide' (C22H37NO2) yang berfungsi sebagai
neurotransmitter yang menjalankan peranan mengatur perilaku pemakanan
(lapar dan kenyang), motivasi dan keseronokkan, dadah semulajadi atau
sintetik seperti Heroin, Meth, Kokain dan lain-lain menyerupai bahan
kimia semulajadi yang terdapat di dalam otak kita maka dadah-dadah
tersebut boleh melepasi lapisan halangan yang melindungi otak. Dalam
otak, THC boleh mengubah fungsi Hippocampus dan Orbitofrontal Cortex
yang berfungsi membentuk memori baru dan mengalihkan fokus perhatian
(attentional fokus), kesan THC ialah mengganggu kemampuan (ability)
untuk belajar dan melaksanakan sesuatu tugas yang rumit (complicated
task). THC juga mengganggu fungsi Cerebellum and Basal Ganglia yang
mengatur keseimbangan badan, postur, koordinasi dan masa tindak balas
(reaction time). selain itu THC juga melalui Cannabinoid Receptor
mengaktifkan sistem ganjaran diri (Reward System) yang memberi isyarat
untuk menghasilkan Dopamine dalam jumlah yang melebihi dari kebiasaan
terhadap rangsangan yang semulajadi.
e) Dopamine sebagai Neurotransmitter
Dopamine ialah sejenis neurotransmitter sebagai penghantar isyarat
antara sel saraf yang boleh menyebabkan keseronokan dan euforia, selain
tu Dopamine ni ada lain-lain fungsi dalam otak dan sistem saraf,
pengeluaran Dopamin dari jumlah yang normal memberi kesan yang negatif
pada otak, Dopamine ni penting sebab tanpa Dopamine kita takkan
merasakan keseronokkan dan kepuasan, tetapi rangsangan yang berlebihan
pada otak juga merbahaya, contohnya dadah sintetik Meth/Syabu/Ais yang
merangsang pengeluaran Dopamine lapan kali ganda dari kadar normal.
kesannya ialah bila keseronokkan dan eurofia dari Syabu ni dah hilang,
sel-sel otak tak dapat nak keluarkan Dopamin semula dengan cepat
menyebabkan tempoh ketiadaan Dopamine, dalam tempoh ni penagih Syabu
akan rasa kosong, sedih, kecewa yang melampau dan boleh menyebabkan
bertindak membunuh diri, untuk memaksa otak menghasilkan semula Dopamine
dengan segera maka penagih Syabu akan menghisap semula, maka sel-sel
otak akan dipaksa untuk menghasilkan semula Dopamine, akibatnya sel-sel
otak boleh "keletihan" dan mati.
f) Ganja menyebabkan Eurofia
Eurofia merujuk kepada keadaan "affective state" dengan perasaan
keseronokan, kebahagiaan, kepuasan, dan kegembiraan yang kuat yang boleh
disebabkan sama ada secara semula jadi seperti aktiviti senaman,
aktiviti sosial, percintaan / tindak balas seksual, menontong wayang,
melukis, memancing dan lain-lain; atau disebabkan oleh penggunaan bahan
kimia seperti ubat-ubatan dan penggunaan dadah rekrasi (recreational
drug use), atau akibat masalah neurologi (mental ilness) seperti mania.
Ganja juga adalah dadah yang menyebabkan eurofia seperti Heroin, Kokain
Meth dan lain-lain, walaupon kesan eurofia ganja tidaklah "sehebat"
jenis-jenis dadah yang lain namun itulah "tenang" atau ketenangan yang
sering dilaungkan oleh BTM, 'Tenang' itulah euforia yang terhasil akibat
dari pengambilan ganja, tetapi apa gunanya tenang yang terhasil dari
tindakbalas kimia THC, lebih baik jika tenang itu wujud dari aktiviti
senaman, bersukan, menonton filem, meditasi, solat dan lain-lain yang
bukan dari rangsangan bahan kimia dadah.
g) Kesimpulan / Rumusan / Penutup
Ganda adalah tumbuhan yang mengandungi Bahan Kimia semulajadi
Tetrahydrocannabinol (THC) yang bersifat psikoaktif memberi kesan pada
fungsi otak dan sistem saraf maka Ganja adalah Dadah maka tak benarlah
dakwaan oleh BTM bahawa Ganja bukannya Dadah. Ya kesan Syabu adalah
berganda-ganda merbahaya dari Ganja, ya kesan buruk Ganja adalah minimal
berbanding Syabu tetapi kesan keburukkan tu tetap ada di sebalik
"Tenang" yang dirasai oleh pengguna atau penagih ganja, penggunaan
berterusan Ganja oleh golongan juvenil dan kana-kanak boleh merencatkan
perkembangan otak.
Katakan TIDAK pada Ganja dan Katakan TIDAK pada sebarang jenis dadah merbahaya
Comments