Dulu saya budak lembam

    Apakah yang dimaksudkan dengan lembam? Lembam atau "slow leaner" ialah Kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.  
      Kenapa saya katakan dulu saya budak lembam? Dari darjah satu hingga darjah tiga saya ialah seorang murid yang buta 3M iaitu buta membaca, mengira dan menulis. Mungkin ada yang kata untuk apa saya menceritakan mengenainya dan mungkin ada yang akanmenaganggap ini hanyalah ceritan rekaan. Tujuan saya menulis kisah benar yang saya lalui ini adalah untuk berkongsi bagaimana kita nak membangunkan dan memulihkan kanak-kanak yang lembam; dan jangan sesekali memandang rendah kepada potensi yang mereka miliki. Saya tidak mencipta cerita tetapi ia adalah kisah benar diri ini.
      Sebelum memasuki alam persekolahan darjah satu di Sekolah Kebangsaan Tanjong Bayan, semasa kanak-kanak lain yang sebaya saya berada di pra sekolah atau tadika, saya tidak berpeluang untuk ke pra-sekolah atau tadika, saya hanyalah kanak-kanak yang tahu berseronok, main kahwin2, main sorok-sorok, main kejar-kejar dan lain-lain. bila masuk darjah satu, langsung tidak tahu A,B,C hingga Z, Alif Ba Ta pon lagi-lagi la tak tahu, IQ pon lemah, buta huruf, tiada minat dan keinginan didalam pembelajaran, bahasa melayu pon kurang pandai. 
          Sepanjang berada di sekolah rendah terutama ketika berada di era "lembam", didenda lari pusing padang, berdiri atas bangku, berdiri di luar kelas, tapak tangan dirotan, punggung dirotan dan lain-lain denda merupakan yang biasa dilalui. Malahan ucapan "Bodoh" yang sering keluar dari mulut guru kelas yang garang adalah sesuatu yang biasa. Malahan rakan-rakan sekelas juga memandang rendah kerana kelembaman saya ketika itu.
          Kerana kelembaman itu, saya dan sekumpulan pelajar lain yang mengalami masalah yang sama diasingkan di dalam kelas pemulihan. Kelas pemulihan ini adalah khas untuk membantu murid-murid yang lemah ni dalam pembelajaran. Selama dalam kelas pemulihan ni, murid-murid yang lain dah "advance" silibus diaorg tapi kami masih merangkak-rangkak untuk belajar A, B, C, D hingga Z. 
               Bagaimana saya boleh berubah dan keluar dari "lembam" ni? Kekuatan dalaman yang ingin berubah, tidak mahu lagi didenda, tidak mahu lagi dipanggil bodoh dan dipandang rendah oleh orang lain, saya bertekad untuk menguasai bagaimana nak membaca, menulis, mengeja perkataan dan mengira. Ketika sepanjang di darjah tiga, saya berusaha bersungguh-sungguh untuk pandai dalam menulis dan mengeja. Saya mulakan dengan mengeja merangkak-rangkak, belajar membunyikan perkataan, aper bunyi A dan bunyi lain-lain huruf, macam mana eja perkataan yang mudah seperti 'batu", "bola","saya" dan lain-lain. Dari perkataan yang mudah saya cuba pulak mengeja perkataan yang lebih kompleks dan susah. Saya cuba membaca banyak benda seperti buku dan suratkhabar. Saya masih ingat ketika cuti sebelum memasuki darjah 4, saya berusaha betul-betul untuk menguasai membaca, menulis dan mengeja ni. Sepanjang tempoh tidak bersekolah ni saya membaca suratkhabar dengan cara membaca secara laju dan pantas. Saya melatih diri untuk membaca dengan laju. 
            Memasuki darjah 4, rakan-rakan sedarjah terkejut yang saya mampu membaca dengan laju dan pantas. Mereka mengucapkan tahniah kepadaku. Ketika inilah aku mengenal erti suka seseorang. Seorang rakan murid perempuan yang merupakan murid bijak memujiku dan memberi semangat kepadaku. Ketika itu aku begitu semangat dan ingin menjadi bijak seperti dia. Aku sekali lagi mempunyai kekuatan dalaman untuk memajukan diri di dalam pembelajaran.
             Sepertimana biasa menjadi amalan sistem kelas akan diasingkan mengikut kepandaian, iaitu kelas yang pandai dan kelas yang kurang pandai. Pembahagian kelas sepeti ini masih diamalkan sehingga sekarang. Semasa darjah satu kami semua didalam satu kelas yang sama. Bila darjah dua kami dibagikan kepada dua kelas, yang pertama kelas murid pandai dan kelas kedua untuk murid yang kurang pandai. Dari darjah satu hingga darjah 4 saya di dalam kelas kedua iaitu kelas murid kurang pandai. Alhamdulillah keputusan peperiksaan dalam darjah 4 agak baik dan bila dibuat "ranking" murid secara keseluruhan saya layak untuk masuk kelas untuk murid yang "pandai". Darjah lima hingga darjah enam saya di dalam kelas ""pandai". Ketika percubaan UPSR saya mendapat 1B, 2C dan 1A kalau tak silap saya. Saya termasuk di dalam senarai murid sekolah yang diharapkan mendapat A (sekurang-kurangnya 1A) sebab percubaan saya ada satu A. Keputusan sebenar saya ialah 2B.
      Dari darjah  satu hingga darjah tiga buku rekod akademik saya dipenuhi dengan pen marah sahaja, maklumlah keputusan peperiksaan mesti E (gagal), tetapi keputusan peperiksaan ketika darjah 4 hingga 6, tak banyak pen merah, ada B,ada C dan D.
       Janganlah kita memandang rendah kepada kanak-kanak yang lemah dalam pembelajaran kerana mereka juga sebenarnya mempunyai potensi untuk menjadi pandai suatu hari, Jangan sesekali putus harapan pada mereka dan sentiasalah berdoa dan berusaha untuk memulihkan mereka. Ketika di sekolah menengah saya berjaya lari dari daerah lembam ni sehingga saya memperolehi 5A didalam PMR. Jika ada kemahuan yang kuat dalam diri mereka dan ada sokongan yang kuat, insyaAllah kanak-kanak lembam ini akan merubah nasib mereka. jangan sesekali berputus asa dengan kanak-kanak lembam.

Comments

Fauzee Musa said…
Alhamdulillah..kisah sgt menarik... cepat atau lambat semua itu dugaan yg Allah berikan kepada kita... terima seadanya kurniaan Illahi.. gunakan kelemahan yg ada dlm diri sbg suatu dorongan utk kita menjadi lebih baik berkat keyakinan dlm diri, InsyaAllah.. dan yg pasti tiada yang sempurna melainkan Allah...
Alhamdulillah.. Thank You Allah.. amat-amat bersyukur kerana dengan petunjuk-Nya saya mempunyai kekuatan untuk membangunkan diri untuk keluar dari "lembam"...

Popular Posts