Aku dulu budak buta jawi
Ketika memasuki alam sekolah menengah di Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang, Perak aku adalah seorang budak yang buta jawi. Aku tidak dapat membaca dan mengeja jawi. Aku juga tidak mampu membaca Al-Quran. aku hanya tau beberapa huruf jer, bagaimana aku boleh belejar jawi dan mampu membaca Al-Quran?
Kisah ni bermula ketika aku masih di tingkatan satu, sesi petang masa tu, semasa waktu solat aku akan berlakon bersembahyang dengan mengikut perbuatan rakan-rakan sekelas ku solat. Ketika berada di dalam kelas pengajian pendidikan islam, kami solat di surau, rupa-rupanya lakonanku disedari oleh ustaz, lepas solat abis solat, ustaz pon memulakan kelas didalam surau, tiba-tiba ustaz menyebut dia tahu ada anak murid yang menipu dan berlakon, ustaz pon menyebut yang dia ternampak syaitan... kasyaf cikit ustaz ni, ustaz menunjukkan ke suatu arah.. dan arah itu seoleh2 ustaz sedang menunjukkan kapada ku.
Tiba-tiba dengan rahmat Allah, aku dikurniakan nur hidayah oleh-Nya. Aku sedar, aku mesti belajar jawi dan menguasai jawi tetapi bagaimana aku mesti mengusai jawai ni? dan mampu membaca al-quran?
Aku segera mencari buku-buku panduan membaca al-quran dan jawi, akhinya aku jumpa buku tersebut, Aku belajar jawi melalui buku belajar jawi dan mengaji yang ada tulisan ejaan rumi.. a.l.i.f, b.a.t.a, t.h.a dan seterusnya. aku cuba hafal alif bata.... tu.. sehingga aku mampu mengenal dan menghafal huruf-huruf tersebut.
Ketika itu aku sudah berazam untuk pandai jawi dan boleh membaca al-quran, alhamdulillah dalam tempoh yang pendek aku mampu membaca jawi dan al-quran.
Comments