kerana Cinta-Mu Yang Agung aku menulis
بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah.. ku lakarkan kata-kata dalam blog ini bersama kita mencari Cinta-Nya yang agung dan suci. Perjalanan hidup kita di dunia hanyalah bermatlamatkan mencari dan meraih cinta Dia Yang Maha Hebat. Aku hanya sang hamba yang mengembara untuk belajar mencintai-Nya dan meraih cinta-Nya. Manusia seringkali lupa destinasi cintanya hanyalah cinta Dia Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Berbahagia la insan-insan yang berjaya menjadi kekasih-Nya. Jika kita cinta manusia, harta dan dunia; manusia akan mati; harta akan meninggalkan kita; dan dunia pula akan kiamat dan hancur suatu hari nanti, hanya Allah yang kekal abadi. Semoga kita boleh berkongsi rasa hati dan minda dalam mencari cinta-Nya
Comments